<![CDATA[SERVCAR - KNOWLEDGE]]>Fri, 14 Aug 2020 09:08:17 -0700Weebly<![CDATA[Penting untuk memeriksa kenderaan anda]]>Fri, 17 May 2019 06:25:12 GMThttp://servcar.com.my/knowledge/penting-untuk-memeriksa-kenderaan-andaPernahkah kenderaan anda gagal diwaktu anda mermerlukannya?
Pernahkah kenderaan anda tidak dapat berfungsi seperti mana yang sepatutnya?
Pernahkah anda berasa takut untuk memandu kenderaan anda pada masa perayaan, pada masa balik kampung ataupun pada masa dimana anda perlu memandunya untuk satu perjalanan yang jauh?

Mestilah tidak pernah anda memikirkannya jikalau kenderaan anda adalah baru. Apakata jikalau kenderaan anda telah berusia..6 tahun? 8 tahun? 10 tahun?

Bah kata pepatah : "PREVENTION IS BETTER THAN CURE" 

Kami di ACCMS sangat memahami perasaan dan situasi yang dinyatakan diatas. Banyak pelanggan kami mengalami masalah kenderaan yang mana jikalau diperika ataupun diketahui awal, adalah boleh dielak daripada menjadi masalah besar. 

Disini kami memberi sedikit tips memeriksa kenderaan anda yang anda boleh lakukan sendiri. 

1. Periksa tangki coolant (tu.. yang berwarna hijau/merah..). Air sepatutnya berada diantara MAX and MIN. Jikalau paras air berada dibawah MIN, tambah air and terus ke bangkel kereta untuk check kebocoran... (air tidak akan hilang jika tidak bocor/ada masalah). Kebocoran air adalah sangat serious jikalau tidak diperhati dengan baik. Engine tu boleh mengalami kepanasan yang lebih (overheat la tu). Ada pulak, kebocoran berlaku didalam engine... ah.. itu habis-Air masuk engine, satu engine kena tukar/overhaul.

2. Periksa minyak pelincir (minyak hitam). Ada itu alat ukur panggil "dipstick". Paras minyak perlu berada diantara MAX-MIN. Ada yang mempunyai 2 titik. Sama maksud - mesti berapa diantara 2 titik tersebut. Jikalau, paras minyak berapa dibawah titik/MIN yang paling bawah, segera beli 1 liter minyak pelincir dan hantar ke bengkel. Adalah kemungkinan besar terdapat kebocoran atau masalah dalaman engine menyebabkan minyak pelincir dibakar terlalu banyak. Kehilangan atau kekurangan minyak pelincir juga adalah masalah yang serious. Satu engine boleh rosak kalau dibiarkan lama-lama.

3. Rasa and dengar semasa memandu. Kita boleh merasa perbezaan and bunyi yang pelik semasa memandu. Ini la penunjuk kenderaan anda akan sakit/ada masalah ataupun telah sakit/ada masalah. Ini perlu diperiksa oleh bengkel kereta untuk mengetahui sakit/masalah tu penting atau tidak. Seperti badan kita, kalau kita selsema, kebiasaanya kita biarkan begitu je- bagi dia sembuh sendiri. Tapi itu kalau selsema biasa. Mana kita tahu kan? Jumpa doctor baru tahu. 

4. Tekanan udara tayar and bunga tayar. Jangan ingat tekanan tayar itu tak penting. Tayar sebenarnya adalah benda keselamatan. Tayar mengelakkan kenderaan tergelincir, memastikan perjalanan yang selesa dan sepatutnya. Macam kasut anda.. pakai kasut yang tak ada bunga.. tergelincir la kita dijalan yang basah. Kalau getah kasut (tapak kasut) kita nipis sehingga tapak kaki kita dah macam sentuh lantai, kaki kita tak selesa berjalan, dan kemungkinan cedera. Jadi, perlu periksa tekanan udara tayar seperti yang dinyatakan oleh pembuat kenderaan. Ini bukan sahaja untuk keselamatan anda, juga menjaga dompet anda (menjimat petrol)

Diatas, adalah benda-benda yang kita boleh periksa sendiri tiap-tiap hari. Ada banyak lagi benda yang penting untuk diperiksa (Minyak brek, brake pad, minyak transmisi, lampu, tali sawat, bateri, suspensi, dan lain-lain.

Lecehkan.... 

Jangan takut, anda boleh la mintak SERVCAR yang mana "jurutera" mereka akan datang ke rumah anda untuk membuat pemeriksaan kenderaan anda. Mereka datang dengan alat-alat dan teknologi yang diperlukan supaya, anda hanya risau nak pergi mana bercuti sahaja. SERVCAR akan periksa and memberikan nasihat yang diperlukan. 

ACCMS
]]>